Al-Kahf, dari ayat 71~80;
71. Lalu
mereka berdua berjalan sehingga tetakala mereka sudah naik perahu, maka ia
lubangkan dia. “apakah patut engkau lubangi dia buat menenggelamkan
penumpang-penumpang nya ? sesungguhnya engkau telah adakan satu perahu yang
besar salahnya”.
72. Ia
berkata; “bukankah aku telah berkata kepada mu, bahawa engkau tidak akan boleh
sabar bersama ku ?”.
73. Ia
berkata; “janganlah engkau marah akan daku lantaran kelupaan ku dan jangan lah
engkau bebankan daku kepayahan dalam urusan ku”.
74. Lalu
mereka berdua berjalan, sehingga tetakala mereka bertemu seorang anak muda, ia
bunuh dia. Ia berkata; “patutkah engkau bunuh satu jiwa yang bersih dengan
tidak sebab ia bunuh orang-orang sesungguhnya engkau telah kerjakan satu
perbuatan yang munkar”.
75. Ia berkata; “bukankah aku telah katakan kepada
mu, bahawa engkau tidak akan boleh sabar bersama ku ? “
76. Ia
berkata; “jika aku bertanya kepada mu
tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabat,
sesungguhnya engkau telah cukup berikan kepada ku ilmu”.
77. Lalu
mereka berdua berjalan, sehingga tetakala mereka sampai disatu desa, mereka
minta makan kepada penduduk nya, tetapi mereka itu enggan menerima mereka
sebagai tamu, lalu mereka berdua dapati disitu satu tembuk yang hampir mahu
runtuh, maka ia luruskan nya. Ia berkata; “kalau engkau mahu, engkau boleh
ambil upah tentang itu”.
78. Ia
berkata; “inilah perpisahan antara ku dengan dikau, aku akan terangkan kepada
mu maksud kejadian yang engkau tidak boleh sabar atasnya”.
79.
Adapun perahu itu, adalah ia kepunyaan orang-orang miskin yang berusaha dilaut,
maka aku mahu cacatkan dia kerana dibelakang mereka ada seorang raja yang
mengambil tiap-tiap perahu dengan paksa.
80.
“Adapun anak itu, adalah dua ibu bapa nya orang-orang yang beriman, maka kami
khuatir bahawa ia akan menyebabkan kepada mereka berdua, kederhakaan dan
kekufuran”.
.
.
.
[] https://twitter.com/UlamaPolitik/status/698349418819375104
Following G+,
[] https://plus.google.com/104964174841974803463/posts/9oGanhtPvxP
.