Friday 12 February 2016

Surah18 (71~80)

Al-Kahf, dari ayat 71~80; 


71. Lalu mereka berdua berjalan sehingga tetakala mereka sudah naik perahu, maka ia lubangkan dia. “apakah patut engkau lubangi dia buat menenggelamkan penumpang-penumpang nya ? sesungguhnya engkau telah adakan satu perahu yang besar salahnya”.

72. Ia berkata; “bukankah aku telah berkata kepada mu, bahawa engkau tidak akan boleh sabar bersama ku ?”.

73. Ia berkata; “janganlah engkau marah akan daku lantaran kelupaan ku dan jangan lah engkau bebankan daku kepayahan dalam urusan ku”.

74. Lalu mereka berdua berjalan, sehingga tetakala mereka bertemu seorang anak muda, ia bunuh dia. Ia berkata; “patutkah engkau bunuh satu jiwa yang bersih dengan tidak sebab ia bunuh orang-orang sesungguhnya engkau telah kerjakan satu perbuatan yang munkar”.

75. Ia berkata; “bukankah aku telah katakan kepada mu, bahawa engkau tidak akan boleh sabar bersama ku ? “

76. Ia berkata; “jika aku bertanya kepada  mu tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabat, sesungguhnya engkau telah cukup berikan kepada ku ilmu”.

77. Lalu mereka berdua berjalan, sehingga tetakala mereka sampai disatu desa, mereka minta makan kepada penduduk nya, tetapi mereka itu enggan menerima mereka sebagai tamu, lalu mereka berdua dapati disitu satu tembuk yang hampir mahu runtuh, maka ia luruskan nya. Ia berkata; “kalau engkau mahu, engkau boleh ambil upah tentang itu”.

78. Ia berkata; “inilah perpisahan antara ku dengan dikau, aku akan terangkan kepada mu maksud kejadian yang engkau tidak boleh sabar atasnya”.

79. Adapun perahu itu, adalah ia kepunyaan orang-orang miskin yang berusaha dilaut, maka aku mahu cacatkan dia kerana dibelakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap perahu dengan paksa. 

80. “Adapun anak itu, adalah dua ibu bapa nya orang-orang yang beriman, maka kami khuatir bahawa ia akan menyebabkan kepada mereka berdua, kederhakaan dan kekufuran”.

.
.
.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/UlamaPolitik/status/698349418819375104
Following G+,
[] https://plus.google.com/104964174841974803463/posts/9oGanhtPvxP





.

No comments:

Post a Comment